Friday, April 3, 2009

SuaraKu (Berharap) by Hijau Daun




Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo… meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo… aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Oo…
Suara dengarkanlah aku

...........................................................................................................................................................
Thanks to Alfian sent me this song. Really touched my heart. Haha.

"Aku tetap disini. Tanpa kamu. Melewati hari2 sepiku. Aku bangkit kembali. Mengharungi semua ini. Bisakah suara aku didengari? Apa khabarmu. Masihkah aku diingati lagi. Yang pasti aku tidak akan menanti lagi. Cukuplah sampai disini."

Free Signature Generator

Thursday, April 2, 2009

Berpoya-Poya

JOM HEBOH (kuantan-28 MARCH 2009)

Pertama kali aku menjejakkan kaki di Karnival Jom Heboh. Sebelum ni tengok dalam tv je. Di tahun akhir pengajian baru aku berkesempatan mengunjungi karnival yang menjadi bualan teman2. Teruja aku melihat khemah2 dari jauh. Sebelum memulakan jelajahan kami singgah makan dulu. Isi perut yang mula berbunyi. Masing2 dah kebulur. Maklumlah bangun pon matahari dah meninggi. Mana sempat nak sarapan. Nanti ketinggalan Bas Rahmat Alam pulak. Hahaha. Kami menyusuri setiap khemah yang ada disitu. Masing2 sibuk menoleh kiri kanan mencari artis yang datang. Semangat nak bergambar dengan artis. Yelah, tak pernah lagi ada gambar dengan artis. Nanti balik kolej boleh tayang dengan kawan2. Ngehehe. Kami sempat bergambar dengan pengacara Majalah 3. Nurul Shuhada Nurul Ain. Cantik orangnya. Manis tersenyum. Jadilah ada sekeping dua gambar dengan dia. Sekurang2nya boleh juga bercerita dengan yang lain. Huhu. Kemudian kami tertarik dengan Rumah Keliwon. Hoho. Nak masuk tapi takut. Redah je la. Bayar RM2 je. Dah la masuk dengan budak2. Elok2 tak berapa nak takut terus aku kecut. Dua ekor hantu je yang aku nampak. Hantu burung tertenggek dengan hantu pendek gigi hijau. Sebab yang lain aku tutup mata. Menyorok belakang Dayah dan Cik Mun. Huhu. Penakut aku ni. Haha. Ketar lutut aku lepas keluar dari rumah tu. Cisss. Melemahkan semangat aku je.

Aku tengok dalam tv macam best je karnival ni. Tapi bila aku pergi sendiri, biasa je. Mungkin sebab hari pertama. Tak ramai artis yang ada.


Sekadar untuk tontonan umum.
K.A.M.I dan pengacara

A.K.U dan pengacara


...........................................................................................................................................................
PANTAI (balok-1st APRIL 2009)

Lama sudah aku tidak melihat keindahan pantai. Pohon menghijau yang melambai2. Desiran ombak yang mengasyikkan. Tiupan angin yang menyegarkan. Thanks to Cik Mun and Dayah. Lepas je kami mendaftar untuk sambung belajar (insyaALLAH..jika ada rezeki dan kesempatan waktu), dengan pantas kami memecut laju menuju ke Balok. Hikhik. Teruja aku dengan pantai. Kerana disini akan aku peroleh ketenangan. Hoho. Perjalanan yang agak mencabar pada petang itu. Banyak kenderaan berpusu2 berarak pulang ke rumah masing2. Alhamdulillah. Perjalanan kami selamat tiba ke destinasi yang dituju. Tak ramai pengunjung petang tu. Lengang je. Sesi bergambar pun bermula. sambil kami menyusuri pantai. Kalau tak bergambar tak best la. Sekurang2nya ada kenangan untuk disimpan buat tatapan masa depan. Heheh. Habis je aktiviti bergambar kami pun menuju ke pasar malam yang berdekatan. Lapor weyhh. Keropok lekor menjadi kemestian untuk santapan. Tak lupa juga Roti John yang menyelerakan. Baunya menusuk hingga ke jantung (hahaha). Membuatkan kami tidak sabar2 untuk menjamahnya. Tapi.......Tu bukan Roti John. Roti John telah bertukar menjadi Roti Telur Dadar. Kena tukar nama macam ni. Wohooo. Dah rezeki tu arini . Memang tengah lapar, bedal je la.


Aktiviti K.A.M.I
Me & Dona

Poyos pulok =p

Me & Cik Mun

Seronoknye =)

NAK PERGI LAGIK...hikhik

Free Signature Generator

Tuesday, March 31, 2009

Presentation PD Dibatalkan

Rileks je hari ni. Sebab esok presentation PD dibatalkan. Hahaha (gelak jahat). Sempat melepak di kafe selepas kelas bersama Kak As, Pija, Fyfy, Fariz dan Bulat. Berbual2 seperti sudah meng"hardbound" thesis PSM dan PD. Huhu. Bila lagi nak melepak sama2. Lepas ni masing2 membawa haluan sendiri. Kak As pulang ke Sarawak. Fyfy kembali ke Sabah. Aku merantau ke KL mungkin. Fariz berhijrah ke Labis. Mungkinkah kami akan berkumpul kembali bergelak ketawa seperti ini lagi? Sobsob. Sedih pulak. Tidak aku sangka sudah 4 tahun aku melayari kehidupan di UMP. Terlalu banyak kenangan disini. Suka-duka bergelar mahasiswi. Pasti aku akan merindukan saat2 bersama teman2. Teman2 yang ku kira seperti adik-beradik sendiri. Aku tidak akan melupakan kalian. Kalian tetap dihati walauapapun yang terjadi. Ececeh. Kenangan antara kita tidak ternilai harganya. Tidak mungkin bisa ditukar ganti ataupun dijual beli.

Kalau ada sesiapa nak mendirikan rumahtangga, jangan lupa jemput aku tau. Aku pasti datang jika ada masa terluang. Heheh.


Saat Yang Aku Rindu
Syoknya picnic. Sayang kalian. Mmmuuaahhh..Bila nak pergi lagi eh?

Sukanya jamuan raya. Nyum nyum..Raya tahun bila la boleh jamuan sama2 lagi ye?

Seronokkan pergi lawatan. Peace =)

Kawan2. Aku pasti rindu kalian.

Kalian membuat aku tersenyum ;)

AKU PASTI RINDUKAN KAMU SEMUA
SAYANG SELALU =)

Free Signature Generator

Sunday, March 29, 2009

Kisah Yang Berbeza

Kau Dan Aku
Kenapa awak muncul? Untuk tambah kesakitan saya? Cukuplah awak. Saya tak mampu nak tanggung semua ni. Sebab awak tak merasai kesakitan yang saya lalui. Awak bukan peduli pon kan. Sebab awak tiada perasaan. Biarlah saya sendiri pujuk hati saya. Membina kekuatan dan ketabahan yang telah awak mulakan. Bagi saya awak lelaki paling baik saya pernah jumpa. Tapi sebaliknya yang terjadi. Saya tetap kawan awak sampai bila2. Tapi bukan seperti dulu. Kenangan lepas biarlah terus berlalu.

Saya rasa tertipu. Tertipu dengan insan yang paling saya percaya. Tahu ke awak sakitnya macammna? Pernah ke awak rasa? Saat saya tahu berita itu tika saya perlu membentangkan research project saya. Tahu ke awak perasaan saya masa tu? Saya hilang punca. Saya tak boleh lelap walau seminit. Dugaan apakah ini terjadi disaat2 genting dalam hidup saya? Apa dosa saya semua ni berlaku?

Kaum awak memang tidak boleh dipercayai!!


Hospital Dan Aku
Hospital. Tempat yang aku tak suka. Menyimpan berjuta kedukaan. Terlalu sedikit kegembiraan. Kerap aku ke hospital tika di tahun akhir pengajian. Bermula dengan Mun melahirkan Mia. Kemudian Fyfy sakit. Mak Ngah melahirkan Anis. Kini, ayah Timah terlantar di ICU. Pelbagai ragam yang aku temui dihospital. Ada yang menangis. Ada juga yang tersenyum gembira. Bagi mereka yang menangis, tabahlah. Semua ini dugaan dalam kehidupan. Pasti akan dilalui oleh setiap yang bergelar insan. Orang yang hanya melihat bisa melafazkan tabahlah. Tetapi bagi mereka yang melaluinya bisakah kita mengerti perasaan mereka?

Timah Dan Keluarga...
Semoga kalian tabah mengharungi ujian ini. Setiap insan pasti akan ada dugaan. Dugaan itu pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan menduga hambaNYA dengan perkara yang tidak mampu ditanggung. Bersabarlah. Sabar itu besar ganjarannya disisi ALLAH.


Kemalangan
Kemalangan? Mengerikan. Setiap hari pasti akan terpapar di dada akhbar kisah kemalangan yang meragut nyawa insan. Kemalangan tidak mengenal mangsa. Tua mahupun muda. Berhati2lah. Berdoalah. Moga perjalanan kita semua selamat.

Ya ALLAH, jauhkanlah aku, keluargaku, saudaraku, pendidikku, kawan2ku dan hambaMU dari kemalangan. Amin.

...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................

Dugaan. Sebagai insan kita tidak akan terlepas darinya. Mungkin situasi yang berbeza. Kisah yang berlainan. Tetapi tetap dugaan. Moga ALLAH memberikan kekuatan bagi insan yang diuji.

~ Bisikku pada hati, mampukah bertahan lagi. Bisakah bangkit kembali..............................


Free Signature Generator

Wednesday, March 25, 2009

Kias Cinta by Suhaimi

Seandainya dunia tiada warna
Tetap kan ku kagumi
Indah maya alam ciptaannya
Kudratnya ku agungi

Namun jalin warna
Zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatnya
Ku pasti…

Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa
Kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita
Atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka
Anugerah darinya

Hanyalah cintanya
Yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun Dia Maha Mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji
Naluri…

Tak akan ku persia
Limpah rahmat yang esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihnya

Moga tak diuji
Asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha illahi
Kerna segala kurnia
Hadirnya hanya pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia..



Free Signature Generator

Tanpa Aku Duga


Sesuatu yang tidak aku duga berlaku. Sesungguhnya aku tidak menyangka perkara sebegitu berlaku ke atas diriku. Memang aku sendiri terkedu dengan apa yang terjadi. Moga ALLAH berikan aku ketabahan untuk aku lalui semua ini. Mereka terkejut. Bayangkan aku yang mengalaminya sendiri. Terlalu pedih rasa hati ini. Lebih kurang setahun berkawan baru aku ketahui bahawa dia suami orang. Bapa kepada seorang gadis kecil, Sarah. Tahukah kau apa perasaan aku tika itu? Aku bagai tenggelam dalam dunia sendiri. Benarkah semua ini? Kau tidak jujur pada aku. Kenapa tidak kau nyatakan dahulu kau sudah punya isteri? Walaupun aku tidak pernah menyoal kerna lagak kau seperti orang bujang. Aku tidak menyesal mengenali kau. Terima kasih untuk semuanya. Jangan kau peduli aku lagi. Jangan kau cari aku lagi. Biarkan aku dengan dunia aku sendiri. Tidak perlu kau campuri. Aku doakan kau bahagia bersama keluarga. Terima kasih segalanya. Anggaplah aku tidak pernah hadir dalam hidup kau. Jangan sesekali kau datang lagi dalam hidup aku kerna aku tidak akan kembali seperti dulu. Kau terlalu asing bagiku. Pesanku jangan kau ulangi lagi semua itu. Akan aku padam semua memori silam.



Free Signature Generator

Saturday, March 14, 2009

Cinta Untuk Orang-Orang Sains

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ... ..

...........................................................................................................................................................
Lawak je kan. Gelak aku baca. Hahaha. Memang kreatif orang2 Sains ni. Hehe. Semoga terhibur. Sekadar berkongsi.

Free Signature Generator

EMAK AYAH ADIK SOFEA, ku rindu kalian

Sekian lama telingaku tidak disajikan dengan lagu2 nasyid. Lantas aku menyelongkar setiap folder nasyid yang ada didalam simpananku. Tatkala jari-jemari menari memulakan tugas aku didendangkan dengan lagu Anak Soleh by Aeman. Tersentuh hatiku mendengar setiap bait lirik lagu yang dialunkan.

Anak Soleh by Aeman




Teringat aku pada keluarga di kampung. Emak, Ayah & Adik. Tidak lupa juga pada Sofea. Si Kecil yang sering membuat aku rindu padanya. Baru aku sedar sudah seminggu aku tidak bertanya khabar mereka. Segera aku mencari topup menelefon emak. Pabila terdengar suara emak hatiku berbunga. Suara yang ku dambakan setiap hari menemani hari2 dewasaku.

Along : Hello..
Emak : Hello..
Along : Emak buat apa tu?
Emak : Mengadap teman ayah makan.
Along : Mak tak makan ke? Diet eh (aku ketawa kecil)
Emak : Mak tak makan malam. Dah makan belum?
Along : Dah makan tadi. Nasi goreng. Mak masak apa hari ni?
Emak : Masak ikan keli sambal. Atok Ucu bagi ikan suruh siang. Tu bagi separuh.
Along : Adik buat apa?
Emak : Ada tu. Tadi cakap dia taknak masuk universiti.
Along : Kenapa?
Emak : Dia kata nak masuk kelas memasak. Mak cakap la kelas memasak pon kena masuk universiti jugak. Mana ada belajar tepi jalan.

Tergelak aku mendengar emak berbicara tentang adikku yang bongsu. Adik..Adik..Belum mengerti lagi dirimu.

Along : Laaa..Nak belajar memasak pon kena la masuk kolej ke kalau taknak masuk U.
Emak : Tu la mak cakap tadi. Biasa la adik tu tak paham lagi. Cikgu Shidi ajak pergi Melaka Selasa minggu depan. Tu mak nak minta tolong Cikgu tu buatkan akaun SSPN. Mak cakap dengan dia nanti senang nak minta PTPTN bila masuk U. Tu dia cakap taknak masuk U. Nak belajar memasak.
Along : Ooo..Siapa lagi yang pergi? Cikgu tu dah cakap ke?
Emak : Tak tahu siapa. Dah mesej la tu agaknya.
Along : Aritu mak hantar Sofea macammana?
Emak : Dia taknak balik. Nak tidur dengan ayah. Asyik pegang cium muka ayah. Cakap " Adik nak tidur dengan ayah". Ayah cakap la adik mana ada baju. Adik tidur dengan mama ye. Nanti ayah datang lagi. Sampai dekat rumah dia, dia buat saje je. Taknak turun dari kereta. Dia cakap mak masukla ambil baju adik. Adik nak tidur rumah mak. Pastu mak angkat je dia bawa keluar kereta bagi dekat mama dia. Puas mak dengan mama dia pujuk suruh tinggal. Mak cakap adik tidur dengan mama ye. Nanti mak dengan ayah datang lagi. Dia diam je. Mama dia cakap adik tidur dengan mama ye. Dia diam jugak. Last2 dia cakap yeelaaahhh (nada merajuk..huhu).
Along : Mengade la tu dia.
Emak : Bawa balik nanti tak larat pulak mak nak berjaga sampai pukul 1 pagi. Ada kang mak tidur. Tu yang malas nak pergi rumah dia. Macam tu la. Kalau tak pergi rindu pulak.
Along : Haha..(gelak je aku dengar). Atok Biah dah pergi rumah Ucu ke? Atok Atan tak ikut? Siapa yang hantar?
Emak : Dan pergi pagi tadi. Dah sampai. Cik Inah yang hantar. Tu la tadi ayah telefon angah. Tanya dah makan ke. Angah kata dah makan. Ayah cakap seronok la ada bibik seminggu ni. Atok Atan tak pergi.
Along : Atok Atan tak datang makan ke?
Emak : Siang tadi ada. Malam ni tak datang. Tak tahu dia ada dekat rumah tak.
Along : Oklah mak. Kirim salam pada semua ye.
Emak : Yelah...
Along : Bye...
Emak : Bye...


Lega rasa hati dapat berbual dengan emak. Terubat sikit rindu dihati walaupun baru je balik rumah minggu lepas..huhu..

ADIK
Adik aku yang bongsu memang minat memasak. Di rumah setiap rancangan memasak akan ditontonnya. Kadang2 berebut "remote tv" dengan dia. Dekat rumah pon dia selalu jugak memasak. Selalunya nasik goreng. Sedap jugak masakan dia puji angah. Memang sedap. AKU? Aku tahu makan je. Masak tak reti..huhu

SOFEA
Si Kecil yang menghiburkan. Pelbagai ragam dan telatah yang sering membuatkan aku rindu padanya. Sejak kecil lagi diasuh emak ketika mama bekerja. Sangat manja dengan emak, ayah dan aku. Bila mama pindah tempat kerja rumah aku sunyi je. Kesian emak sorang.


EMAK AYAH ADIK SOFEA...aku rindu kalian semua.......


Agenda menyiapkan thesis bersambung semula......................................................!!



Free Signature Generator

Wednesday, March 11, 2009

Nak Tahu Sebab Anda Memilih Pasangan Anda

Soalannya berbunyi begini. Ada 5 perkara berlaku serentak.

1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir... Fikir... Fikir... Fikir... Fikir...


OK, jeng...jengg..jeenngggg....

  • Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
  • Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
  • Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
  • Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
  • Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda

Ni turutan yang aku pilih : 3, 1, 4, 5 & 2

So, maksudnya aku ni sorang yang mementingkan cinta & kasih sayang...ekekeke...Secara kebetulan...Itu adalah AKU...Sorang yang mementingkan cinta & kasih sayang dalam perhubungan...chewaahh...Yang penting aku bukan mata duitan...ehek ehek...

Kawan2...apa pilihan kalian?



Free Signature Generator

Saturday, February 28, 2009

makan + bejalan + karoke + minum

PLACE : ECM (East Coast Mall)
DATE : 28 FEB 2009














jemput makan semua..hehe..menu pembuka hari ku..kepsi..bismillahhirahmannirahim...
nyum..nyum...














setelah tangki perut kami diisi penuh, dengan senang hati berjalan-jalan melihat alam..sempat lagi kami pose di eskalator..menyibuk la abang belakang ni..dia pulak enteprem kat sini..macam tau-tau muka dia masuk dalam gambar kitorang..


















sebenarnya teringin nak main dalam castle ni..tapi dah terlebih umur la pulak..huhu..dapat ambil gambar pun jadilah...ekekeke














berehat sebentar ye..dah penat meronda..berfikir sejenak ke mana arah tujuan selepas ini..tiinggg..jom karaoke














sebelum memulakan nyanyian, pose dulu..ambil feel..even suara sumbang..hahaha..first time karaoke..sungguh syok sekali..tQ cik mun ;)














feeling habis..jiwang seyhh ;p














ececeh..berduet pulak..sampai nak terkeluar anak tekak..haus..haus..aiirrrrrr....














setelah penat melalak, singgah sebentar di gerai makan..pekena cendol semangkuk..lega rasanya ;)

sedap sup ayam tu..slurrppppp




~~seronok sekali meronda..tapi kami bukan polis peronda..ingat tu ;p


Free Signature Generator


Monday, February 23, 2009

kau...yang istimewa

Kau..
Insan bernama lelaki..
Pernah hadir dalam hati ini..
Mewarnai hidupku seindah pelangi..

Kau..
Insan yang istimewa dimataku..
Hadirmu bak cahaya..
Membuatkan aku teruja setiap masa..

Kau..
Insan yang selalu ku rindu..
Tiap detik tiap waktu..
Tanpa ada rasa jemu..

Kini..
Tiada lagi kau disisi..
Tinggal aku seorang diri..
Tercari-cari arah yang tak pasti..

Aku kini sendiri..


~~karya pertama yang aku tulis ketika diri sedang meningkat remaja..kisah zaman matrikulasi yang sempat aku lakarkan..ermm..rindu rasanya zaman ni..bersama teman-teman mengharungi fasa baru..menjadi pelajar matrikulasi..permulaan sebelum melangkah ke alam universiti..buat teman-teman yang lama tidak aku temui, diharap kalian semua masih meneruskan perjuangan yang belum sampai ke penghujungnya..moga tercapai segala apa yang diimpikan..amin..

~~buat insan ini, moga kamu capai apa yang kamu citakan..gambatte =)

~~bakatku yang terpendam untuk dikongsi bersama..sharing is loving kan..ahaaksss (~_^)


Free Signature Generator





Wednesday, February 4, 2009

kini kembali

alhamdulillah...setinggi kesyukuran aku panjatkan...akhirnya aku kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa...tidak lagi dibelenggu PLANT DESIGN yang menyesakkan minda...tidur ku tidak lena...mandiku tidak basah (ye ke? ahahha)...kini aku mampu tersenyum...makan sekenyangnya...tidur selena yang mungkin...uhuhu...kini aku kembali untuk meneruskan PSM yang tergendala buat seketika..."Lab!! Lab!! Lab!!" malas sungguh kaki ku melangkah ke lab...aisshhyy...virus apakah yang telah menghantuiku? perlukah aku menukar antivirus yang baru?




~~~bila aku tanya pada hati, di ruang manakah dia bersemi? tiada jawapan...tiada jua persoalan...yang ada cuma bayang-bayang semalam yang semakin menjauh...berlalu pergi menjadi sebuah kenangan....





Free Signature Generator

Saturday, January 17, 2009

Bila Kita Sayang Orang Tu.....

Biler kiter syg org tu..
Kita tnggu dia lame pn x per..
Tp biler dia tnggu kiter, dia mrh2..
Ati kate ala, adatlah ada yang
menunggu n ditunggu..
Biler kiter syg org tu..
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bosan..
Tp biler kite bosan..
Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kot..
Biler kiter syg org tu..
Kita gadoh ngan dia, kita diam je..
Tp dia heboh 1 dunia..
Ati kate x pe, dia tension tuu..
Biler kiter syg org tu..
Kita kol nak ckp ngan dia..
Tp dia bg phone kat org len..
Biler jd camtu, x pe..
Ati kata, x pe, layan je, kwn dia, kwn
kiter gak..
Biler kiter syg org tu..
Kita bercerita dgn dia, citer ngan
tunggul lg baik...
Tp biler dia bercerita ngan kita..
Kita dengar, sepatah2 kite ingat..
Ati kata x pe syg katakn…
Biler kiter syg org tu...
Kita n dia lapar..
Tp kiter bg sume roti kita kat dia..
Ati kata, ala jagalah ati dia, sian
dia….
Biler kiter syg org tu..
Kiter sanggup bg dia rest biler dia
letih..
Tp biler kita letih, dia suruh jugak
kiter lyn dia bila dia bosan..
Adil ker?
Ati kata, ala bukan selalu pun..
Biler kiter syg org tu..
Kita jadi cam org giler dengar dia sakit..
Tp biler kita sakit..
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita..
Ati kata, ala x pe, x kan dia nak
berkepit ngan kita 24 jam..
Biler kiter syg org tu..
Kita x pernah pntingkan diri sndri..
Tp dia hipokrit tahap ngaban..
Ati kata x per, dia memang camtu kene lah trima..
Biler kiter syg org tu..
Kiter sayang nk tinggalkan dia slama2nya..
Tp dia x tahu kiter berdepan dengan maut..
Walaupon kiter sakit,dia kata kat
kiter,sakit bese2 jer, jangan nak mengarut..
Ati kata, camnelah dia biler kiter xde, mesti dia hepi..
Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan
dia ??
Biler kiter syg org tu..
Kiter sanggup tinggalkan dia selama2nya
untuk dia bahagia..
Tp adakah dia tahu pengorbanan kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bahagiaaa...
Dan...
Biler kiter dah tinggalkan dia selama2nya..
Dia datang ziarah pusara kiterr..
Dia kata..
Dia mintak maaf sebab pernah mngata
kiter..
Dia mintak maaf sebab pernah buat kiter
tunggu dia..
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita
layan dia time bosan..
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1
dunia salah kiter..
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn
kol kiter..
Dia mintak maaf sebab pernah x dengar
luahan ati kiter..
Dia mintak maaf sebab pernah buat kiter
kelaparan sebab dia..
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu
waktu rehat kiter..
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn
sakit kiterr..
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan
diri dia sendiri..
Dia mintak maaf sebab x pernah tengok
penderitaan kiter..
Biler kiter syg org tu..
Kiter buat semuanya kan?
Tp dia x pernah faham kan?
Dan...
Biler kiter tinggalkan dia..
Dia datang pada kiter and kata
Sorry….
Sorry selepas lukakan ati kiter?
Biler kiter syg org tu..
Kiter kata x pe lah..
Aku dah tinggalkan dunia..
Moga dia bahagia tanpa kiter..
Dan ati kiter kata,X pe lah apapun yg dia buat..
Kiter tetap syg org tu...



~~betul ke kalau kite sayang orang tu kita akan jadi macam ni??? (still thinking)
~~mungkin kot...huhuhu




Free Signature Generator