Tuesday, March 31, 2009

Presentation PD Dibatalkan

Rileks je hari ni. Sebab esok presentation PD dibatalkan. Hahaha (gelak jahat). Sempat melepak di kafe selepas kelas bersama Kak As, Pija, Fyfy, Fariz dan Bulat. Berbual2 seperti sudah meng"hardbound" thesis PSM dan PD. Huhu. Bila lagi nak melepak sama2. Lepas ni masing2 membawa haluan sendiri. Kak As pulang ke Sarawak. Fyfy kembali ke Sabah. Aku merantau ke KL mungkin. Fariz berhijrah ke Labis. Mungkinkah kami akan berkumpul kembali bergelak ketawa seperti ini lagi? Sobsob. Sedih pulak. Tidak aku sangka sudah 4 tahun aku melayari kehidupan di UMP. Terlalu banyak kenangan disini. Suka-duka bergelar mahasiswi. Pasti aku akan merindukan saat2 bersama teman2. Teman2 yang ku kira seperti adik-beradik sendiri. Aku tidak akan melupakan kalian. Kalian tetap dihati walauapapun yang terjadi. Ececeh. Kenangan antara kita tidak ternilai harganya. Tidak mungkin bisa ditukar ganti ataupun dijual beli.

Kalau ada sesiapa nak mendirikan rumahtangga, jangan lupa jemput aku tau. Aku pasti datang jika ada masa terluang. Heheh.


Saat Yang Aku Rindu
Syoknya picnic. Sayang kalian. Mmmuuaahhh..Bila nak pergi lagi eh?

Sukanya jamuan raya. Nyum nyum..Raya tahun bila la boleh jamuan sama2 lagi ye?

Seronokkan pergi lawatan. Peace =)

Kawan2. Aku pasti rindu kalian.

Kalian membuat aku tersenyum ;)

AKU PASTI RINDUKAN KAMU SEMUA
SAYANG SELALU =)

Free Signature Generator

Sunday, March 29, 2009

Kisah Yang Berbeza

Kau Dan Aku
Kenapa awak muncul? Untuk tambah kesakitan saya? Cukuplah awak. Saya tak mampu nak tanggung semua ni. Sebab awak tak merasai kesakitan yang saya lalui. Awak bukan peduli pon kan. Sebab awak tiada perasaan. Biarlah saya sendiri pujuk hati saya. Membina kekuatan dan ketabahan yang telah awak mulakan. Bagi saya awak lelaki paling baik saya pernah jumpa. Tapi sebaliknya yang terjadi. Saya tetap kawan awak sampai bila2. Tapi bukan seperti dulu. Kenangan lepas biarlah terus berlalu.

Saya rasa tertipu. Tertipu dengan insan yang paling saya percaya. Tahu ke awak sakitnya macammna? Pernah ke awak rasa? Saat saya tahu berita itu tika saya perlu membentangkan research project saya. Tahu ke awak perasaan saya masa tu? Saya hilang punca. Saya tak boleh lelap walau seminit. Dugaan apakah ini terjadi disaat2 genting dalam hidup saya? Apa dosa saya semua ni berlaku?

Kaum awak memang tidak boleh dipercayai!!


Hospital Dan Aku
Hospital. Tempat yang aku tak suka. Menyimpan berjuta kedukaan. Terlalu sedikit kegembiraan. Kerap aku ke hospital tika di tahun akhir pengajian. Bermula dengan Mun melahirkan Mia. Kemudian Fyfy sakit. Mak Ngah melahirkan Anis. Kini, ayah Timah terlantar di ICU. Pelbagai ragam yang aku temui dihospital. Ada yang menangis. Ada juga yang tersenyum gembira. Bagi mereka yang menangis, tabahlah. Semua ini dugaan dalam kehidupan. Pasti akan dilalui oleh setiap yang bergelar insan. Orang yang hanya melihat bisa melafazkan tabahlah. Tetapi bagi mereka yang melaluinya bisakah kita mengerti perasaan mereka?

Timah Dan Keluarga...
Semoga kalian tabah mengharungi ujian ini. Setiap insan pasti akan ada dugaan. Dugaan itu pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan menduga hambaNYA dengan perkara yang tidak mampu ditanggung. Bersabarlah. Sabar itu besar ganjarannya disisi ALLAH.


Kemalangan
Kemalangan? Mengerikan. Setiap hari pasti akan terpapar di dada akhbar kisah kemalangan yang meragut nyawa insan. Kemalangan tidak mengenal mangsa. Tua mahupun muda. Berhati2lah. Berdoalah. Moga perjalanan kita semua selamat.

Ya ALLAH, jauhkanlah aku, keluargaku, saudaraku, pendidikku, kawan2ku dan hambaMU dari kemalangan. Amin.

...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................

Dugaan. Sebagai insan kita tidak akan terlepas darinya. Mungkin situasi yang berbeza. Kisah yang berlainan. Tetapi tetap dugaan. Moga ALLAH memberikan kekuatan bagi insan yang diuji.

~ Bisikku pada hati, mampukah bertahan lagi. Bisakah bangkit kembali..............................


Free Signature Generator

Wednesday, March 25, 2009

Kias Cinta by Suhaimi

Seandainya dunia tiada warna
Tetap kan ku kagumi
Indah maya alam ciptaannya
Kudratnya ku agungi

Namun jalin warna
Zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatnya
Ku pasti…

Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa
Kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita
Atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka
Anugerah darinya

Hanyalah cintanya
Yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun Dia Maha Mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji
Naluri…

Tak akan ku persia
Limpah rahmat yang esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihnya

Moga tak diuji
Asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha illahi
Kerna segala kurnia
Hadirnya hanya pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia..



Free Signature Generator

Tanpa Aku Duga


Sesuatu yang tidak aku duga berlaku. Sesungguhnya aku tidak menyangka perkara sebegitu berlaku ke atas diriku. Memang aku sendiri terkedu dengan apa yang terjadi. Moga ALLAH berikan aku ketabahan untuk aku lalui semua ini. Mereka terkejut. Bayangkan aku yang mengalaminya sendiri. Terlalu pedih rasa hati ini. Lebih kurang setahun berkawan baru aku ketahui bahawa dia suami orang. Bapa kepada seorang gadis kecil, Sarah. Tahukah kau apa perasaan aku tika itu? Aku bagai tenggelam dalam dunia sendiri. Benarkah semua ini? Kau tidak jujur pada aku. Kenapa tidak kau nyatakan dahulu kau sudah punya isteri? Walaupun aku tidak pernah menyoal kerna lagak kau seperti orang bujang. Aku tidak menyesal mengenali kau. Terima kasih untuk semuanya. Jangan kau peduli aku lagi. Jangan kau cari aku lagi. Biarkan aku dengan dunia aku sendiri. Tidak perlu kau campuri. Aku doakan kau bahagia bersama keluarga. Terima kasih segalanya. Anggaplah aku tidak pernah hadir dalam hidup kau. Jangan sesekali kau datang lagi dalam hidup aku kerna aku tidak akan kembali seperti dulu. Kau terlalu asing bagiku. Pesanku jangan kau ulangi lagi semua itu. Akan aku padam semua memori silam.



Free Signature Generator

Saturday, March 14, 2009

Cinta Untuk Orang-Orang Sains

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ... ..

...........................................................................................................................................................
Lawak je kan. Gelak aku baca. Hahaha. Memang kreatif orang2 Sains ni. Hehe. Semoga terhibur. Sekadar berkongsi.

Free Signature Generator

EMAK AYAH ADIK SOFEA, ku rindu kalian

Sekian lama telingaku tidak disajikan dengan lagu2 nasyid. Lantas aku menyelongkar setiap folder nasyid yang ada didalam simpananku. Tatkala jari-jemari menari memulakan tugas aku didendangkan dengan lagu Anak Soleh by Aeman. Tersentuh hatiku mendengar setiap bait lirik lagu yang dialunkan.

Anak Soleh by Aeman




Teringat aku pada keluarga di kampung. Emak, Ayah & Adik. Tidak lupa juga pada Sofea. Si Kecil yang sering membuat aku rindu padanya. Baru aku sedar sudah seminggu aku tidak bertanya khabar mereka. Segera aku mencari topup menelefon emak. Pabila terdengar suara emak hatiku berbunga. Suara yang ku dambakan setiap hari menemani hari2 dewasaku.

Along : Hello..
Emak : Hello..
Along : Emak buat apa tu?
Emak : Mengadap teman ayah makan.
Along : Mak tak makan ke? Diet eh (aku ketawa kecil)
Emak : Mak tak makan malam. Dah makan belum?
Along : Dah makan tadi. Nasi goreng. Mak masak apa hari ni?
Emak : Masak ikan keli sambal. Atok Ucu bagi ikan suruh siang. Tu bagi separuh.
Along : Adik buat apa?
Emak : Ada tu. Tadi cakap dia taknak masuk universiti.
Along : Kenapa?
Emak : Dia kata nak masuk kelas memasak. Mak cakap la kelas memasak pon kena masuk universiti jugak. Mana ada belajar tepi jalan.

Tergelak aku mendengar emak berbicara tentang adikku yang bongsu. Adik..Adik..Belum mengerti lagi dirimu.

Along : Laaa..Nak belajar memasak pon kena la masuk kolej ke kalau taknak masuk U.
Emak : Tu la mak cakap tadi. Biasa la adik tu tak paham lagi. Cikgu Shidi ajak pergi Melaka Selasa minggu depan. Tu mak nak minta tolong Cikgu tu buatkan akaun SSPN. Mak cakap dengan dia nanti senang nak minta PTPTN bila masuk U. Tu dia cakap taknak masuk U. Nak belajar memasak.
Along : Ooo..Siapa lagi yang pergi? Cikgu tu dah cakap ke?
Emak : Tak tahu siapa. Dah mesej la tu agaknya.
Along : Aritu mak hantar Sofea macammana?
Emak : Dia taknak balik. Nak tidur dengan ayah. Asyik pegang cium muka ayah. Cakap " Adik nak tidur dengan ayah". Ayah cakap la adik mana ada baju. Adik tidur dengan mama ye. Nanti ayah datang lagi. Sampai dekat rumah dia, dia buat saje je. Taknak turun dari kereta. Dia cakap mak masukla ambil baju adik. Adik nak tidur rumah mak. Pastu mak angkat je dia bawa keluar kereta bagi dekat mama dia. Puas mak dengan mama dia pujuk suruh tinggal. Mak cakap adik tidur dengan mama ye. Nanti mak dengan ayah datang lagi. Dia diam je. Mama dia cakap adik tidur dengan mama ye. Dia diam jugak. Last2 dia cakap yeelaaahhh (nada merajuk..huhu).
Along : Mengade la tu dia.
Emak : Bawa balik nanti tak larat pulak mak nak berjaga sampai pukul 1 pagi. Ada kang mak tidur. Tu yang malas nak pergi rumah dia. Macam tu la. Kalau tak pergi rindu pulak.
Along : Haha..(gelak je aku dengar). Atok Biah dah pergi rumah Ucu ke? Atok Atan tak ikut? Siapa yang hantar?
Emak : Dan pergi pagi tadi. Dah sampai. Cik Inah yang hantar. Tu la tadi ayah telefon angah. Tanya dah makan ke. Angah kata dah makan. Ayah cakap seronok la ada bibik seminggu ni. Atok Atan tak pergi.
Along : Atok Atan tak datang makan ke?
Emak : Siang tadi ada. Malam ni tak datang. Tak tahu dia ada dekat rumah tak.
Along : Oklah mak. Kirim salam pada semua ye.
Emak : Yelah...
Along : Bye...
Emak : Bye...


Lega rasa hati dapat berbual dengan emak. Terubat sikit rindu dihati walaupun baru je balik rumah minggu lepas..huhu..

ADIK
Adik aku yang bongsu memang minat memasak. Di rumah setiap rancangan memasak akan ditontonnya. Kadang2 berebut "remote tv" dengan dia. Dekat rumah pon dia selalu jugak memasak. Selalunya nasik goreng. Sedap jugak masakan dia puji angah. Memang sedap. AKU? Aku tahu makan je. Masak tak reti..huhu

SOFEA
Si Kecil yang menghiburkan. Pelbagai ragam dan telatah yang sering membuatkan aku rindu padanya. Sejak kecil lagi diasuh emak ketika mama bekerja. Sangat manja dengan emak, ayah dan aku. Bila mama pindah tempat kerja rumah aku sunyi je. Kesian emak sorang.


EMAK AYAH ADIK SOFEA...aku rindu kalian semua.......


Agenda menyiapkan thesis bersambung semula......................................................!!



Free Signature Generator

Wednesday, March 11, 2009

Nak Tahu Sebab Anda Memilih Pasangan Anda

Soalannya berbunyi begini. Ada 5 perkara berlaku serentak.

1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir... Fikir... Fikir... Fikir... Fikir...


OK, jeng...jengg..jeenngggg....

  • Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
  • Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
  • Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
  • Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
  • Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda

Ni turutan yang aku pilih : 3, 1, 4, 5 & 2

So, maksudnya aku ni sorang yang mementingkan cinta & kasih sayang...ekekeke...Secara kebetulan...Itu adalah AKU...Sorang yang mementingkan cinta & kasih sayang dalam perhubungan...chewaahh...Yang penting aku bukan mata duitan...ehek ehek...

Kawan2...apa pilihan kalian?



Free Signature Generator