Sekian lama telingaku tidak disajikan dengan lagu2 nasyid. Lantas aku menyelongkar setiap folder nasyid yang ada didalam simpananku. Tatkala jari-jemari menari memulakan tugas aku didendangkan dengan lagu Anak Soleh by Aeman. Tersentuh hatiku mendengar setiap bait lirik lagu yang dialunkan.
Anak Soleh by Aeman
Teringat aku pada keluarga di kampung. Emak, Ayah & Adik. Tidak lupa juga pada Sofea. Si Kecil yang sering membuat aku rindu padanya. Baru aku sedar sudah seminggu aku tidak bertanya khabar mereka. Segera aku mencari topup menelefon emak. Pabila terdengar suara emak hatiku berbunga. Suara yang ku dambakan setiap hari menemani hari2 dewasaku.
Along : Hello..
Emak : Hello..
Along : Emak buat apa tu?
Emak : Mengadap teman ayah makan.
Along : Mak tak makan ke? Diet eh (aku ketawa kecil)
Emak : Mak tak makan malam. Dah makan belum?
Along : Dah makan tadi. Nasi goreng. Mak masak apa hari ni?
Emak : Masak ikan keli sambal. Atok Ucu bagi ikan suruh siang. Tu bagi separuh.
Along : Adik buat apa?
Emak : Ada tu. Tadi cakap dia taknak masuk universiti.
Along : Kenapa?
Emak : Dia kata nak masuk kelas memasak. Mak cakap la kelas memasak pon kena masuk universiti jugak. Mana ada belajar tepi jalan.
Tergelak aku mendengar emak berbicara tentang adikku yang bongsu. Adik..Adik..Belum mengerti lagi dirimu.
Along : Laaa..Nak belajar memasak pon kena la masuk kolej ke kalau taknak masuk U.
Emak : Tu la mak cakap tadi. Biasa la adik tu tak paham lagi. Cikgu Shidi ajak pergi Melaka Selasa minggu depan. Tu mak nak minta tolong Cikgu tu buatkan akaun SSPN. Mak cakap dengan dia nanti senang nak minta PTPTN bila masuk U. Tu dia cakap taknak masuk U. Nak belajar memasak.
Along : Ooo..Siapa lagi yang pergi? Cikgu tu dah cakap ke?
Emak : Tak tahu siapa. Dah mesej la tu agaknya.
Along : Aritu mak hantar Sofea macammana?
Emak : Dia taknak balik. Nak tidur dengan ayah. Asyik pegang cium muka ayah. Cakap " Adik nak tidur dengan ayah". Ayah cakap la adik mana ada baju. Adik tidur dengan mama ye. Nanti ayah datang lagi. Sampai dekat rumah dia, dia buat saje je. Taknak turun dari kereta. Dia cakap mak masukla ambil baju adik. Adik nak tidur rumah mak. Pastu mak angkat je dia bawa keluar kereta bagi dekat mama dia. Puas mak dengan mama dia pujuk suruh tinggal. Mak cakap adik tidur dengan mama ye. Nanti mak dengan ayah datang lagi. Dia diam je. Mama dia cakap adik tidur dengan mama ye. Dia diam jugak. Last2 dia cakap yeelaaahhh (nada merajuk..huhu).
Along : Mengade la tu dia.
Emak : Bawa balik nanti tak larat pulak mak nak berjaga sampai pukul 1 pagi. Ada kang mak tidur. Tu yang malas nak pergi rumah dia. Macam tu la. Kalau tak pergi rindu pulak.
Along : Haha..(gelak je aku dengar). Atok Biah dah pergi rumah Ucu ke? Atok Atan tak ikut? Siapa yang hantar?
Emak : Dan pergi pagi tadi. Dah sampai. Cik Inah yang hantar. Tu la tadi ayah telefon angah. Tanya dah makan ke. Angah kata dah makan. Ayah cakap seronok la ada bibik seminggu ni. Atok Atan tak pergi.
Along : Atok Atan tak datang makan ke?
Emak : Siang tadi ada. Malam ni tak datang. Tak tahu dia ada dekat rumah tak.
Along : Oklah mak. Kirim salam pada semua ye.
Emak : Yelah...
Along : Bye...
Emak : Bye...
Lega rasa hati dapat berbual dengan emak. Terubat sikit rindu dihati walaupun baru je balik rumah minggu lepas..huhu..
ADIK
Adik aku yang bongsu memang minat memasak. Di rumah setiap rancangan memasak akan ditontonnya. Kadang2 berebut "remote tv" dengan dia. Dekat rumah pon dia selalu jugak memasak. Selalunya nasik goreng. Sedap jugak masakan dia puji angah. Memang sedap. AKU? Aku tahu makan je. Masak tak reti..huhu
SOFEA
Si Kecil yang menghiburkan. Pelbagai ragam dan telatah yang sering membuatkan aku rindu padanya. Sejak kecil lagi diasuh emak ketika mama bekerja. Sangat manja dengan emak, ayah dan aku. Bila mama pindah tempat kerja rumah aku sunyi je. Kesian emak sorang.

EMAK AYAH ADIK SOFEA...aku rindu kalian semua.......
Agenda menyiapkan thesis bersambung semula......................................................!!

0 comments:
Post a Comment