Tuesday, March 31, 2009

Presentation PD Dibatalkan

Rileks je hari ni. Sebab esok presentation PD dibatalkan. Hahaha (gelak jahat). Sempat melepak di kafe selepas kelas bersama Kak As, Pija, Fyfy, Fariz dan Bulat. Berbual2 seperti sudah meng"hardbound" thesis PSM dan PD. Huhu. Bila lagi nak melepak sama2. Lepas ni masing2 membawa haluan sendiri. Kak As pulang ke Sarawak. Fyfy kembali ke Sabah. Aku merantau ke KL mungkin. Fariz berhijrah ke Labis. Mungkinkah kami akan berkumpul kembali bergelak ketawa seperti ini lagi? Sobsob. Sedih pulak. Tidak aku sangka sudah 4 tahun aku melayari kehidupan di UMP. Terlalu banyak kenangan disini. Suka-duka bergelar mahasiswi. Pasti aku akan merindukan saat2 bersama teman2. Teman2 yang ku kira seperti adik-beradik sendiri. Aku tidak akan melupakan kalian. Kalian tetap dihati walauapapun yang terjadi. Ececeh. Kenangan antara kita tidak ternilai harganya. Tidak mungkin bisa ditukar ganti ataupun dijual beli.

Kalau ada sesiapa nak mendirikan rumahtangga, jangan lupa jemput aku tau. Aku pasti datang jika ada masa terluang. Heheh.


Saat Yang Aku Rindu
Syoknya picnic. Sayang kalian. Mmmuuaahhh..Bila nak pergi lagi eh?

Sukanya jamuan raya. Nyum nyum..Raya tahun bila la boleh jamuan sama2 lagi ye?

Seronokkan pergi lawatan. Peace =)

Kawan2. Aku pasti rindu kalian.

Kalian membuat aku tersenyum ;)

AKU PASTI RINDUKAN KAMU SEMUA
SAYANG SELALU =)

Free Signature Generator

0 comments:

Post a Comment